Monday, 12 October 2015

IQLIMA FUN BATH syampu untuk mengatasi masalah rambut gugur


Baru 2 kali mencuci rambut dengan produk Iqlima Fun Bath (IFB) nampaknya masalah rambut gugur saya dah semakin berkurangan.

Yang saya tahu produk IFB ni selain dari digunakan untuk mandi, boleh juga digunakan sebagai syampu yang menyihatkan rambut. Tak sangka pulak ianya boleh mengatasi masalah rambut gugur saya yang agak teruk kebelakangan ni.

Dah bermacam jenama syampu saya cuba tapi belum lagi jumpa yang boleh merawat masalah rambut saya.

Saya akan cuba menggunakan IFB ni selama sebulan dulu. Selepas itu kita lihat hasilnya bagaimana. Tunggu entri saya selanjutnya.

Siapa-siapa yang rasa nak cuba boleh lah buat macam saya. Tukar jenama syampu anda kepada IFB. Kandungannya yang terdiri dari ekstrak pati bidara, minyak kelapa, susu kambing, carrot oil & pure essential oil boleh menyihatkan rambut anda. Ia juga tiada paraben iaitu sejenis bahan kimia berbahaya yang terdapat di dalam kebanyakan syampu di pasaran.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Cikgu Ana di 011-3177 8413.




Iqlima Fun Bath
400ml
RM35








Thursday, 8 October 2015

Eczema: Kesan Selepas Kali Pertama Penggunaan IQLIMA FUN BATH





Selepas terlihat iklan mengenai produk mandian ini di facebook seorang kawan, saya terus tertarik untuk membaca dengan lebih lanjut. Saya dapati produk ini:

1. Sesuai untuk kulit bermasalah ECZEMA

Anak saya Megat Iskandar yang berumur 14 tahun mengalami masalah ini. Menurut doktor tiada ubat yang dapat menyembuhkan eczema. Kita hanya perlu mengelak dari menggunakan bahan pencuci, sabun dan juga produk mandian kecuali jika produk itu bersifat lembut seperti produk mandian bayi. Sebelum mencuba produk Iqlima Fun Bath saya hanya menggunakan Johnson's Baby Bath untuk kegunaan Iskandar semasa mandi, membasuh tangan dan sebagainya.

Iskandar juga selalu mengalami masalah 'gatal-gatal' di bahagian belakang badannya jika dia berpeluh pada waktu malam sebelum tidur. Saya dapati Iqlima Fun Bath boleh merawat masalah ini.

2. Tidak mengandungi PARABEN

Paraben ialah sejenis bahan kimia yang setahu saya jika digunakan untuk suatu tempoh yang lama boleh mengakibatkan masalah kulit yang merbahaya seperti kanser, dsb. (sila google untuk mencari maklumat lanjut mengenai bahan ini).


3. Dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi

Bahan-bahan untuk menghasilkan produk mandian ini terdiri dari ekstrak pati bidara, minyak kelapa, susu kambing, carrot oil & pure essential oil (flower, vanilla, cherry berry, limau purut).


4. Boleh digunakan sebagai Shampoo Rambut

5. Sesuai digunakan oleh semua peringkat umur



Kesan Selepas Kali Pertama Penggunaan

Eczema
Iskandar mencuba buat pertama kali Iqlima Fun Bath untuk mencuci tangan selepas makan. Keesokan harinya dia memberitahu saya yang luka terbelah kat jari tangannya sudah tertutup balik. Tangannya sudah tak pedih lagi apabila terkena air.

(Untuk info: luka terbelah tersebut bukan disebabkan oleh terkena benda tajam seperti pisau, dsb. tetapi disebabkan oleh masalah eczema yang dialami Iskandar).

Gatal-gatal
Selepas sekali penggunaan untuk mandi, masalah gatal-gatal di belakang badan Iskandar terus hilang. Pada sebelah malamnya sebelum tidur, walaupun berpeluh, masalah gatal-gatal terus hilang begitu saja.

(Untuk info: biasanya masalah gatal-gatal ini dialami Iskandar apabila dia berpeluh pada waktu malam sebelum tidur)





Iqlima Fun Bath
400ml
RM35


Jika berminat, boleh hubungi Cikgu Ana 011-3177 8413



Tuesday, 6 October 2015

Sewa Basikal di Taman Botani Putrajaya


Tak tahu nak pergi mana hujung minggu nanti?

Apa kata buat aktiviti berbasikal dengan keluarga atau kawan-kawan?

Saya suka pergi Taman Botani Putrajaya kerana di sana ada perkhidmatan menyewa basikal. Kita boleh meronda seluruh taman dengan berkayuh sambil menikmati udara segar dan melihat bermacam jenis pokok dan tanaman yang menghijau. Aktiviti berbasikal ni boleh menyihatkan badan. 1 jam mengayuh menaiki bukit, turun bukit memang berpeluh-peluh la jawabnya...









Taman Botani Putrajaya ni terletak di bahagian Utara Presint 1. Alamatnya seperti di bawah:

Taman Botani Putrajaya
Presint 1
62000 Putrajaya


Tel: 03-8887 7770
Faks: 03-8887 5037
Email: botani@ppj.gov.my

TAMAN BOTANI


A. Perkhidmatan Taman

No
Item
Kategori
Harga

Masa


ISNIN - JUMAAT


Basikal

Satu Tempat Duduk
Baby Carrier
Kanak - Kanak

RM 2.00
RM 3.00
RM 2.00
Sejam
Sejam
Sejam

SABTU, AHAD & CUTI UMUM


Basikal

Satu Tempat Duduk /Single
Baby Carrier
Kanak - Kanak

RM 4.00
RM 6.00
RM 4.00
Sejam
Sejam
Sejam



Operasi Taman (Sewaan Basikal)


SABTU - KHAMIS

JUMAAT

SESI PAGI

SESI PETANG
SESI PAGI
SESI PETANG

9:00 PG - 12:00 T/HARI
(Tiket terakhir jam 12:00 T/HARI)


2:00 PTG - 5:00 PTG
(Tiket terakhir jam 5:00 PTG)
9:00 PG - 11:00 PG
(Tiket terakhir jam 11:00 PG)
3:00 PTG - 5:00 PTG
(Tiket terakhir jam 5:00 PTG)

**Dibuka setiap hari termasuk cuti umum